Apakah
yang dimaksudkan dengan membaca??
terdapat
beberapa orang tokoh yang memberi takrifan berkaitan dengan membaca iaitu :
- Klein
(dalam Farida Rahim, 2005: 3), mengemukakan bahawa definisi membaca
merupakan satu proses. hal ini bermaksud informasi dari teks dan
pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam
membentuk makna.
- Harris dan
Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh
tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
- Kenedy
(1981) mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam
bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau
perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah
diketahui dan seterusnya dan juga berasaskan pengalaman lalu, memahami dan
mentafsirkan maksudnya.
- Marohaini
Yusoff (1989), telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang
kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama
yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal
atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.
- Anderson,
Hiebert, Scott dan Wilkinson (1985), membaca adalah satu proses memilih
dan mengambil tindakan apabila pembaca menyesuaikan proses membaca dengan
tujuan dan jenis teks yang dibacanya.
- Safiah (1985), membaca bermakna memahami atau membina pemahaman. Kita belum membaca jika belum memahami.
New casino with the latest bonuses for US players
ReplyDeleteThe latest bonuses for US players can be found 청주 출장샵 below, with 의왕 출장마사지 more than 평택 출장마사지 150 free 군포 출장안마 spins, as well as a 서산 출장안마 free spin bonus for casinos accepting US players.