Pendekatan mengajar membaca yang sesuai
perlu digunakan oleh guru bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran
membaca. Pendekatan yang sama tidak boleh digunakan untuk semua individu dan
peringkat umur. Pemilihan bahan tersebut hendaklah bersesuaian mengikut tahap
kebolehan membaca, jenis teks dan juga
pengalaman membaca murid.
a.
Pendekatan Holistik
Pendekatan ini baru sahaja
diperkenalkan di Malaysia sebagai suatu pendekatan yang digunakan dalam mengajar
membaca terutama membaca bahasa Melayu. Prinsip pendekatan ini ialah :
·
Murid-murid bukan sahaja diajar untuk
menguasai kemahiran membaca tetapi juga menikmati bahan bacaan tersebut.
·
Pendekatan ini diperkenalkan kerana
rakyat Malaysia didapati mempunyai tahap kebolehan membaca yang tinggi tetapi
tidak mempunyai minat membaca yang menggalakkan.
Kaedah membaca yang terlibat:
i.
Kaedah membaca bebas
ii.
Kaedah menelaah
iii.
Membaca senyap
iv.
Kaedah meringkas dan bertindak balas
b. Pendekatan
Pengajaran Membaca Asas
Pendekatan ni meliputi beberapa
aktiviti yang melibatkan kemahiran membaca yang biasa. Aktiviti yang dilakukan
melibatkan pelbagai situasi pembacaan seperti berlakon, dialog,
mencari maklumat dan sebagainya. Pendekatan asas membaca menekankan
kesinambungan pengulangan serta mengulangkaji pembelajaran yang telah diajar
sebelumnya. Penambahan maklumat terhadap apa yang telah dipelajari meningkatkan
lagi penguasaan kemahiran membaca murid.
Guru perlu memberi pendedahan tentang
pola perbendaharaan kata dan ejaan kepada murid secara sistematik. Pengenalan
perkataan serta elemen-elemen perkataan kepada murid perlu dikawal dari segi
jumlah mengikut kesesuaian tahap kebolehan murid menguasai kemahiran membaca.
Kaedah pengajaran membaca asas
i.
Pengajaran perkembangan kemahiran
Beberapa perkataan ditulis di papan
hitam. Guru membulatkan perkataan yang mempunyai sebutan yang sama.
ii.
Pelajaran membaca terarah
Terbahagi kepada beberapa cara:
a.
Motivasi
b.
Persediaan latar belakang
c.
Menetapkan tujuan
d.
Membaca semula secara senyap atau lisan
secara terarah
e.
Tindak balas dan perluasan
c. Pendekatan Teknologikal
Berdasarkan pendekatan ini, unsur utama yang ditekankan ialah keupayaan
menghasilkan pengajaran berurutan yang dapat dilakukan semula pada masa akan
datang. Pendekatan ini menitikberatkan perkara yang dapat dirasai oleh
pancaindera dan dibuktikan melalui kebenaran. Pendekatan ini turut merujuk
kepada :
a.
Sistem membaca berdasarkan objektif
b.
Program berdasarkan kriteria
c.
Membaca berdasarkan kecekapan
d.
Sistem pengurusan kemahiran
e.
Membaca berdasarkan perspektif diagnostik
Bahan dan kandungannya terdapat dalam
empat komponen berikut :
1. Objektif tingkah laku
2.
Ujian kriteria bagi setiap objektif
3.
Strategi pengajaran
4.
Sistem penyimpanan rekod
d. Pendekatan Kolaboratif
Berlaku dalam kumpulan yang besar yang
terdiri daripada empat hingga lima orang pelajar. Pendekatan ini merujuk kepada
kumpulan besar yang belajar bersama-sama bagi mencapai suatu matlamat yang
dikongsi bersama.
Memberi
fokus pada aspek makna dari teks yang dicetak bagi konteks penguasaan membaca.
Tumpuan ini dilakukan bagi membolahkan pelajar mengetahui makna ayat yang
digunakan. Pelajar dikehendaki meneliti perkataan yang digunakan untuk
meningkatkan penguasaan membaca. Penekanan turut diberikan kepada respon yang
ditunjukkan oleh pelajar. Perbincangan secara lisan diwujudkan bagi membolehkan
pelajar mendapatkan maklumat dengan cepat secara kolaboratif.
Pendekatan ini memberi penekanan terhadap
pemahaman literal dan pengecaman perkataan. Pada akhir pengajaran, pelajar dapat memahami teks yang dibaca
melalui pembacaan secara literal dan pengecaman teks yang memberikan makna
keseluruhan ayat. Semasa melaksanankan teknik ini, semua sumber yang diperoleh ditumpukan kepada
pembaca. Kaedah yang digunakan lebih menjurus kepada penggunaan pengalaman
bahasa pelajar
Cara pelaksanaan melibatkan beberapa
langkah seperti berikut :
1.
Memilih petikan teks yang sesuai
2.
Guru dan pelajar berbincang
3.
Membaca teks secara mekanis
5.
Pelajar membaca bagi kali kedua