Dalam kemahiran membaca terdapat beberapa teori membaca yang digunakan bagi membantu pembaca dalam memahami proses pembacaan. Teori membaca ini terbahagi kepada tiga teori iaitu :
·
Teori memindahkan maklumat
·
Teori membaca secara automatik
·
Teori kecekapan verbal
Teori
Memindahkan Maklumat
Teori memindahkan maklumat
diperkenalkan berdasarkan pandangan yang telah dikemukakan oleh La Berge dan
Samuel (1985) dan Gough (1985). Teori ini turut dipengaruhi oleh psikologi
kognitif dan bertanggungjawab dalam menyatakan aktiviti membaca ini merupakan
satu proses pemindahan maklumat daripada bahan bacaan kepada minda kita. Selain
itu, tokoh-tokoh ini juga turut memberi andaian bahawa aktiviti membaca adalah
proses dalam mengenal huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan. Bagi
mereka, pembaca akan berinteraksi dengan teks bagi mendapatkan makna daripada
muka surat yang dibaca kepada pemikirannya atau mindanya. Dalam melakukan
interaksi ini, pembaca memerlukan satu kemahiran yang khusus bagi membolehkan proses
pemindahan maklumat kepada pemikirannya. Dalam teori memindahkan maklumat ini
juga menyatakan bahawa aktiviti membaca dilakukan bertujuan untuk membentuk
peningkatan dalam kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks yang
telah dibaca. Pembaca yang baik akan lebih efisien ketika membuat pemindahan
maklumat, tetapi bagi pembaca yang lemah pula tidak akan mampu untuk berbuat
sedemikian.
Teori
Membaca Secara Automatik
Teori membaca secara
automatik ini turut diperkenalkan oleh La Berger dan Samuel (1974). Dalam teori
ini menganggap bahawa akan wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran
membaca sekiranya pembacaan dilakukan secara automatik. Teori membaca ini
berbeza di antara proses bersifat automatik dengan proses kawalan ketika membaca.
Melalui latihan membaca, pembaca akan mudah untuk mengenal huruf dan seterusnya
dapat menguasai setiap perkataan secara automatik. Di samping itu, teori
membaca secara automatik ini turut meramalkan akan wujud hubungan yang positif
di antara kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik dengan latihan yang
telah dijalankan. Pembaca yang mempunyai lebih kemahiran membaca secara
automatik akan berupaya dalam mengawal teks serta mempunyai lebih sumber dan
lebih memahami teks yang dibaca. Ketika membuat pembacaan teks, pembaca perlu
memberi penekanan terhadap pengawalan eksekutif agar mereka dapat memahami teks
dengan lebih berkesan.
Teori
Kecekapan Verbal
Teori kecekapan verbal
ini telah diperkenalkan oleh Perfetti (1985, 1988). Teori kecekapan verbal ini
lebih menekankan kepada kemahiran membaca dengan meluaskan proses pembacaan
dengan mentafsir kod bacaan. Selain daripada membuat bacaan secara automatik
untuk menguasai bahasa, aspek lain seperti penggunaan anafora dalam teks,
membuat cadangan atau kenyataan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan
dengan ingatan dan strategi meta kognitif yang digunakan. Berdasarkan teori
verbal, setiap pembaca akan mempunyai profil yang tersendiri bagi mengusai
pembacaan secara verbal. Dalam teori ini turut memberi penjelasan berkaitan
pemahaman terhadap bahan bacaan dan bagi pembaca yang tidak cekap akan lebih
mudah lupa akan perkara yang sudah dibacanya. Mereka yang tidak cekap dalam
pembacaan ini disebabkan oleh kekurangan pengetahuan terhadap teks yang dibaca
dan keadaan ini sekali gus akan menyebabkan mereka sukar untuk memahami apa
yang dibaca.
Belajar
Membaca
Belajar merupakan suatu
perubahan tingkah laku yang dilakukan dalam mencapai satu tujuan yang tertentu.
Mengikut pendapat seorang tokoh iaitu Marohaini Yusoff (1989), merumuskan
bahawa proses belajar membaca ini sebagai satu perlakuan yang kompleks dan
sukar untuk diperhatikan. Terdapat dua asas kemahiran yang utama dalam belajar
membaca ini iaitu kemahiran untuk mengenal huruf, mengenal perkataan dan juga
kemahiran dalam memahami apa yang mereka baca. Bagi perlakuan dalam belajar
membaca menekankan kepada kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan
kemahiran dalam memahami apa yang telah dibaca. Pada awal pembelajaran untuk
membaca, pembaca akan didedahkan dengan kemahiran mengenal dan mengecam setiap
perkataan yang dibaca dan kemudian barulah mereka akan cuba untuk memahami apa
yang mereka baca.
Semasa proses di awal
belajar membaca, pembaca perlu mengenal setiap huruf dan perkataan yang
terdapat dalam teks bacaannya. Apa yang paling penting adalah pembaca hanya
perlu pandai untuk menyebut setiap perkataan yang dibaca sahaja terlebih dahulu
sebelum berpindah kepada pemahaman terhadap bahan bacaan. Pembacaan secara
berulang akan meningkatkan lagi mutu bacaan mereka dan cara penyebutan
perkataan juga turut tepat dan betul. Hal ini penting bagi melahirkan mereka
yang lancar dalam pembacaan dan akan memudahkan mereka dalam memahami
keseluruhan teks yang telah dibaca pula. Pembaca perlu memulakan pembacaan
dengan menyebut setiap satu suku kata perkataan dengan tepat sebelum menyebut
satu perkataan secara penuh. Sebagai contoh untuk menyebut perkataan “saya”
akan disebut satu suku kata satu suku kata iaitu “sa” “ya” dan kemudian baru
sebut penuh “saya”. Pembelajaran bacaan seperti ini akan mudah memahirkan
pembaca dalam membaca sesuatu teks. Belajar membaca adalah secara
berperingkat-peringkat barulah mudah lancar dalam pembacaan dan memahami teks.
Belajar membaca
seterusnya adalah cuba untuk memahami teks yang dibaca. Setiap teks yang telah
dibaca perlu difahami oleh setiap pembaca agar apa yang dibaca mendapat hasil
pada dirinya dan bukan sahaja sia-sia iaitu membuat pembacaan tapi tidak
mendapat apa-apa pengetahuan dalam teks tersebut. Setiap ayat yang terdapat
dalam teks perlu difahami secara mendalam selepas selesai sesi mengenal huruf
dan lancar dalam pembacaan. Memahami apa yang dibaca merupakan sesuatu yang
penting kerana dari pembacaan dan faham apa yang terkandung di dalamnya akan
membantu pembaca untuk mencari isi-isi penting yang terdapat dalam teks dan
dapat mentafsir maksud yang tersirat dalam teks tersebut. Hal ini demikian
kerana dalam setiap teks yang kit abaca akan menggunakan bahasa kiasan yang
memerlukan pemahaman kita untuk memahami apa yang dimaksudkan dalam teks
tersebut.
Seterusnya, belajar
membaca teks juga adalah mengenal dan mengecam lambang-lambang perkataan yang
dilihat dalam teks dan membuat perkaitan lambing yang ditunjukkan dengan bunyi
atau makna yang tertentu. Sebagai contoh dalam ayat yang dibuat dalam bentuk
fonologi akan banyak menggunakan lambang-lambang yang tertentu dan ini akan
menyukarkan pembaca untuk memahami maksud teks. Di sinilah amat penting untuk
belajar membaca dalam mengenal istilah-istilah yang khusus bagi lambang huruf fonologi.
Mengenal bunyi adalah satu cara belajar membaca secara lebih sistematik. Bacaan
akan menjadi lebih tepat dari segi sebutan bunyinya dan tidak akan keliru
dengan bunyi perkataan dengan perkataan lain. Hal ini penting kerana terdapat
perkataan yang mempunyai bunyi huruf yang sama dan melalui pembelajaran membaca
bunyi fonologi akan dapat membuatkan pembaca tahu untuk membezakan setiap bunyi
huruf tersebut.
.