Tuesday 30 April 2013

Definisi Membaca (^_^)

Apakah yang dimaksudkan dengan membaca??

terdapat beberapa orang tokoh yang memberi takrifan berkaitan dengan membaca iaitu :
  • Klein (dalam Farida Rahim, 2005: 3), mengemukakan bahawa definisi membaca merupakan satu proses. hal ini bermaksud informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. 
  • Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
  • Kenedy (1981) mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan seterusnya dan juga berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya.
  • Marohaini Yusoff (1989), telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. 

  • Anderson, Hiebert, Scott dan Wilkinson (1985), membaca adalah satu proses memilih dan mengambil tindakan apabila pembaca menyesuaikan proses membaca dengan tujuan dan jenis teks yang dibacanya.

  • Safiah (1985), membaca bermakna memahami atau membina pemahaman. Kita belum membaca jika belum memahami.


Tuesday 9 April 2013

Jom Membaca...^_^

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian...(^_^)

Buat pengetahuan semua,  blog ini diwujudkan bagi memberi pendedahan kepada semua pembaca tentang keterampilan membaca. Mungkin ramai yang di luar sana masih tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan keterampilan membaca. Keterampilan itu membawa erti 'celik' atau literasi. Sebagaimana yang kita tahu,  budaya membaca adalah sangat rendah dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya pelajar. Antara usaha ke arah keterampilan membaca yang kritis dan kreatif adalah dengan menggunakan bahan-bahan digital sebagai satu alternatif seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Pernahkah anda mendengar isu yang  mengatakan teknologi sebagai penghambat keterampilan membaca???... Sebenarnya,  terdapat pro dan contra dalam isu tersebut. Namun begitu,  kita seharusnya bijak dalam menggunakan teknologi sebagai satu usaha ke arah 'celik' membaca supaya kesan yang positif itu dapat ditingkatkan berbanding kesan yang negatif.

Sekian...diharapkan rakan-rakan dapat mengikuti entry yang seterusnya...(^_^)