Tuesday 21 May 2013

Sekapur Sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini dibina khas untuk memperkenalkan dan juga memuatkan ilmu- ilmu yang berkaitan khusus mengenai keterampilan membaca. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat khususnya pensyarah kami iaitu Dr.Mohd Rashid bin Md Idris. Sekalung penghargaan juga kepada Perpustakaan Tunku Bainun kerana menyediakan bahan- bahan rujukan yang bermanfaat kepada kami.
Sekian, terima kasih.

Ini la ahli kumpulan kami..^_^
Najihah binti Zainal Abidin
Semester 4
Program ISMP Pendidikan Khas

Nurliana Aqilah binti Mohd Zim
Semester 4
Program ISMP Pendidikan Khas

Maizatul Akmal binti Mad Rodzi
Semester 4
Program ISMP Pendidikan Khas


Siti Marlina binti Zailan
Semester 4
Program ISMP Pendidikan Khas


Kawan-kawan nak tahu tak kami belajar di mana???...kami belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris...seronok belajar kat sini...^_^





haa..yang ni pula pensyarah yang mengajar kami yang mengajar untuk subjek Keterampilan Membaca...


Nama beliau ialah Dr. Mohd Rashid bin Md Idris.

Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (Bahasa Melayu dan Sosio Budaya Melayu dari Universiti Malaya (1999). Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Melayu (Tatabahasa Bahasa Melayu) daripada Univerisiti Malaya (2000). Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Ph. D) dalam bidang Bahasa Melayu di Universiti Malaya pada tahun 2009. 

Di antara hasil penulisan beliau ialah Falsafah bahasa Melayu Pedagogi Bahasa Melayu, Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu Nilai dan Etika Melayu.

E-mail beliau ialah rashid@fb.upsi.edu.my

Tuesday 7 May 2013

Pemilihan Bahan Bacaan



1)  MENENTUKAN TAHAP KESUKARAN

-          Media yang mudah difahami sebagai bahan rujuk
-          Perlu bermula dari mudah kepada kompleks
-          Permulaan: bahan bacaan yang mengandungi bahan bacaan bergambar.
-          Pertengahan : frasa- frasa pendek seperti cerita pendek.
-          Pengakhiran : rencana, kritikan dan sebagainya.

2)  PEMILIHAN TAJUK

-          Tajuk yang sinonim dengan pelajar/ murid
-          Murid mudah untuk meneka makna perkataan yang jarang dijumpai.
-          Murid ada pengetahuan dan pengalaman sedikit berkenaan tajuk.
-          Contohnya penggunaan bahasa ibunda.

3)  BAHAN YANG MENARIK MINAT

-          Bahan yang boleh mendatangkan minat
-          Dapat meneruskan pembacaan sehingga ke helaian terakhir atau penutup
-         Contohnya : menceritakan tentang tempat perlancongan yang murid idamkan dimana murid dapat berilustrasi sendiri mengenai tempat tersebut dan lebih berminat membaca untuk mendapatkan maklumat berkaitan.


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBOLEHAN MEMBACA

1)    PEMBACA ITU SENDIRI

-          Tahap kecerdasan diri.
-          Tahap tumpuan.
-          Tahap kebolehan mengingat sesuatu.

2)   FAKTOR PSIKOLOGI

-          Berkaitan dengan minat dan motivasi pembaca.

3)   FAKTOR FIZIKAL

-          Berkait rapat dengan kebolehfungsian deria seseorang pembaca.

4)   FAKTOR PERSEKITARAN

-          Peranan ibu bapa
-          Peranan sekolah
-          Peranan komuniti
-          Peranan budaya.



Friday 3 May 2013

Pendekatan Dalam Mengajar Membaca


Pendekatan mengajar membaca yang sesuai perlu digunakan oleh guru bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran membaca. Pendekatan yang sama tidak boleh digunakan untuk semua individu dan peringkat umur. Pemilihan bahan tersebut hendaklah bersesuaian mengikut tahap kebolehan membaca,  jenis teks dan juga pengalaman membaca murid.

a.      Pendekatan Holistik

Pendekatan ini baru sahaja diperkenalkan di Malaysia sebagai suatu pendekatan yang digunakan dalam mengajar membaca terutama membaca bahasa Melayu. Prinsip pendekatan ini ialah :

·         Murid-murid bukan sahaja diajar untuk menguasai kemahiran membaca tetapi juga menikmati bahan bacaan tersebut.
·         Pendekatan ini diperkenalkan kerana rakyat Malaysia didapati mempunyai tahap kebolehan membaca yang tinggi tetapi tidak mempunyai minat membaca yang menggalakkan.

Kaedah membaca yang terlibat:
                 i.        Kaedah membaca bebas
               ii.        Kaedah menelaah
              iii.        Membaca senyap
             iv.        Kaedah meringkas dan bertindak balas

b.    Pendekatan Pengajaran Membaca Asas

Pendekatan ni meliputi beberapa aktiviti yang melibatkan kemahiran membaca yang biasa. Aktiviti yang dilakukan melibatkan pelbagai situasi pembacaan seperti berlakon,  dialog,  mencari maklumat dan sebagainya. Pendekatan asas membaca menekankan kesinambungan pengulangan serta mengulangkaji pembelajaran yang telah diajar sebelumnya. Penambahan maklumat terhadap apa yang telah dipelajari meningkatkan lagi penguasaan kemahiran membaca murid.

Guru perlu memberi pendedahan tentang pola perbendaharaan kata dan ejaan kepada murid secara sistematik. Pengenalan perkataan serta elemen-elemen perkataan kepada murid perlu dikawal dari segi jumlah mengikut kesesuaian tahap kebolehan murid menguasai kemahiran membaca.
Kaedah pengajaran membaca asas

     i.        Pengajaran perkembangan kemahiran

Beberapa perkataan ditulis di papan hitam. Guru membulatkan perkataan yang mempunyai sebutan yang sama.
    ii.        Pelajaran membaca terarah

Terbahagi kepada beberapa cara:

a.    Motivasi
b.    Persediaan latar belakang
c.    Menetapkan tujuan
d.    Membaca semula secara senyap atau lisan secara terarah
e.    Tindak balas dan perluasan

c.     Pendekatan Teknologikal

Berdasarkan pendekatan ini,  unsur utama yang ditekankan ialah keupayaan menghasilkan pengajaran berurutan yang dapat dilakukan semula pada masa akan datang. Pendekatan ini menitikberatkan perkara yang dapat dirasai oleh pancaindera dan dibuktikan melalui kebenaran. Pendekatan ini turut merujuk kepada :
     a.    Sistem membaca berdasarkan objektif
     b.    Program berdasarkan kriteria
     c.    Membaca berdasarkan kecekapan
     d.    Sistem pengurusan kemahiran
     e.    Membaca berdasarkan perspektif diagnostik

Bahan dan kandungannya terdapat dalam empat komponen berikut :
     1.    Objektif tingkah laku
     2.    Ujian kriteria bagi setiap objektif
     3.    Strategi pengajaran
     4.    Sistem penyimpanan rekod

d.     Pendekatan Kolaboratif

Berlaku dalam kumpulan yang besar yang terdiri daripada empat hingga lima orang pelajar. Pendekatan ini merujuk kepada kumpulan besar yang belajar bersama-sama bagi mencapai suatu matlamat yang dikongsi bersama.

         Memberi fokus pada aspek makna dari teks yang dicetak bagi konteks penguasaan membaca. Tumpuan ini dilakukan bagi membolahkan pelajar mengetahui makna ayat yang digunakan. Pelajar dikehendaki meneliti perkataan yang digunakan untuk meningkatkan penguasaan membaca. Penekanan turut diberikan kepada respon yang ditunjukkan oleh pelajar. Perbincangan secara lisan diwujudkan bagi membolehkan pelajar mendapatkan maklumat dengan cepat secara kolaboratif.

          Pendekatan ini memberi penekanan terhadap pemahaman literal dan pengecaman perkataan. Pada akhir pengajaran,  pelajar dapat memahami teks yang dibaca melalui pembacaan secara literal dan pengecaman teks yang memberikan makna keseluruhan ayat. Semasa melaksanankan teknik ini,  semua sumber yang diperoleh ditumpukan kepada pembaca. Kaedah yang digunakan lebih menjurus kepada penggunaan pengalaman bahasa pelajar

Cara pelaksanaan melibatkan beberapa langkah seperti berikut :

1.     Memilih petikan teks yang sesuai
2.    Guru dan pelajar berbincang
3.    Membaca teks secara mekanis
4.    Menyoal pelajar dengan soalan berbentuk terbuka                             
5.    Pelajar membaca bagi kali kedua


Masalah Dalam Membaca


Faktor Masalah Membaca

Terdapat tiga faktor yang menyebabkan masalah membaca dalam kalangan murid, iaitu :

1.  Rohani

·         Berkaitan dengan elemen dalam murid dan emosi.
·         Setiap murid mempunyai tahap emosi yang berbeza sama ada kukuh, sederhana dan lemah.
·         Emosi berlaku kerana disebabkan oleh faktor baka, pemakanan dan tahap kualiti hidup keluarga murid tersebut.
·         Kurang rangsangan dari luar seperti sokongan, dorongan atau motivasi daripada ibu bapa dan orang di sekeliling mereka.
·         Tidak minat membaca.


2.  Kognitif

·         Tidak dapat memahami apa yang telah diajarkan.
·         Berpunca daripada masalah kognitif mereka yang lemah.
·         Bermasalah dalam mengingat setiap huruf.
·         Masalah ketidakbolehan mentafsir simbol atau huruf untuk diterjemahkan.


3.  Persekitaran

·         Masalah keluarga seperti penceraian ibu bapa.
·         Masalah rakan sebaya yang suka membuli murid.
·         Pihak sekolah iaitu guru tidak memberikan perhatian kepada murid yang lemah.



Thursday 2 May 2013

Teori Membaca



Dalam kemahiran membaca terdapat beberapa teori membaca yang digunakan bagi membantu pembaca dalam memahami proses pembacaan. Teori membaca ini terbahagi kepada tiga teori iaitu :
·         Teori memindahkan maklumat
·         Teori membaca secara automatik
·         Teori kecekapan verbal

Teori Memindahkan Maklumat

Teori memindahkan maklumat diperkenalkan berdasarkan pandangan yang telah dikemukakan oleh La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985). Teori ini turut dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab dalam menyatakan aktiviti membaca ini merupakan satu proses pemindahan maklumat daripada bahan bacaan kepada minda kita. Selain itu, tokoh-tokoh ini juga turut memberi andaian bahawa aktiviti membaca adalah proses dalam mengenal huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan. Bagi mereka, pembaca akan berinteraksi dengan teks bagi mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya atau mindanya. Dalam melakukan interaksi ini, pembaca memerlukan satu kemahiran yang khusus bagi membolehkan proses pemindahan maklumat kepada pemikirannya. Dalam teori memindahkan maklumat ini juga menyatakan bahawa aktiviti membaca dilakukan bertujuan untuk membentuk peningkatan dalam kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks yang telah dibaca. Pembaca yang baik akan lebih efisien ketika membuat pemindahan maklumat, tetapi bagi pembaca yang lemah pula tidak akan mampu untuk berbuat sedemikian.

Teori Membaca Secara Automatik

Teori membaca secara automatik ini turut diperkenalkan oleh La Berger dan Samuel (1974). Dalam teori ini menganggap bahawa akan wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca sekiranya pembacaan dilakukan secara automatik. Teori membaca ini berbeza di antara proses bersifat automatik dengan proses kawalan ketika membaca. Melalui latihan membaca, pembaca akan mudah untuk mengenal huruf dan seterusnya dapat menguasai setiap perkataan secara automatik. Di samping itu, teori membaca secara automatik ini turut meramalkan akan wujud hubungan yang positif di antara kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik dengan latihan yang telah dijalankan. Pembaca yang mempunyai lebih kemahiran membaca secara automatik akan berupaya dalam mengawal teks serta mempunyai lebih sumber dan lebih memahami teks yang dibaca. Ketika membuat pembacaan teks, pembaca perlu memberi penekanan terhadap pengawalan eksekutif agar mereka dapat memahami teks dengan lebih berkesan.

Teori Kecekapan Verbal

Teori kecekapan verbal ini telah diperkenalkan oleh Perfetti (1985, 1988). Teori kecekapan verbal ini lebih menekankan kepada kemahiran membaca dengan meluaskan proses pembacaan dengan mentafsir kod bacaan. Selain daripada membuat bacaan secara automatik untuk menguasai bahasa, aspek lain seperti penggunaan anafora dalam teks, membuat cadangan atau kenyataan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan strategi meta kognitif yang digunakan. Berdasarkan teori verbal, setiap pembaca akan mempunyai profil yang tersendiri bagi mengusai pembacaan secara verbal. Dalam teori ini turut memberi penjelasan berkaitan pemahaman terhadap bahan bacaan dan bagi pembaca yang tidak cekap akan lebih mudah lupa akan perkara yang sudah dibacanya. Mereka yang tidak cekap dalam pembacaan ini disebabkan oleh kekurangan pengetahuan terhadap teks yang dibaca dan keadaan ini sekali gus akan menyebabkan mereka sukar untuk memahami apa yang dibaca.

Belajar Membaca

Belajar merupakan suatu perubahan tingkah laku yang dilakukan dalam mencapai satu tujuan yang tertentu. Mengikut pendapat seorang tokoh iaitu Marohaini Yusoff (1989), merumuskan bahawa proses belajar membaca ini sebagai satu perlakuan yang kompleks dan sukar untuk diperhatikan. Terdapat dua asas kemahiran yang utama dalam belajar membaca ini iaitu kemahiran untuk mengenal huruf, mengenal perkataan dan juga kemahiran dalam memahami apa yang mereka baca. Bagi perlakuan dalam belajar membaca menekankan kepada kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran dalam memahami apa yang telah dibaca. Pada awal pembelajaran untuk membaca, pembaca akan didedahkan dengan kemahiran mengenal dan mengecam setiap perkataan yang dibaca dan kemudian barulah mereka akan cuba untuk memahami apa yang mereka baca.
Semasa proses di awal belajar membaca, pembaca perlu mengenal setiap huruf dan perkataan yang terdapat dalam teks bacaannya. Apa yang paling penting adalah pembaca hanya perlu pandai untuk menyebut setiap perkataan yang dibaca sahaja terlebih dahulu sebelum berpindah kepada pemahaman terhadap bahan bacaan. Pembacaan secara berulang akan meningkatkan lagi mutu bacaan mereka dan cara penyebutan perkataan juga turut tepat dan betul. Hal ini penting bagi melahirkan mereka yang lancar dalam pembacaan dan akan memudahkan mereka dalam memahami keseluruhan teks yang telah dibaca pula. Pembaca perlu memulakan pembacaan dengan menyebut setiap satu suku kata perkataan dengan tepat sebelum menyebut satu perkataan secara penuh. Sebagai contoh untuk menyebut perkataan “saya” akan disebut satu suku kata satu suku kata iaitu “sa” “ya” dan kemudian baru sebut penuh “saya”. Pembelajaran bacaan seperti ini akan mudah memahirkan pembaca dalam membaca sesuatu teks. Belajar membaca adalah secara berperingkat-peringkat barulah mudah lancar dalam pembacaan dan memahami teks.
Belajar membaca seterusnya adalah cuba untuk memahami teks yang dibaca. Setiap teks yang telah dibaca perlu difahami oleh setiap pembaca agar apa yang dibaca mendapat hasil pada dirinya dan bukan sahaja sia-sia iaitu membuat pembacaan tapi tidak mendapat apa-apa pengetahuan dalam teks tersebut. Setiap ayat yang terdapat dalam teks perlu difahami secara mendalam selepas selesai sesi mengenal huruf dan lancar dalam pembacaan. Memahami apa yang dibaca merupakan sesuatu yang penting kerana dari pembacaan dan faham apa yang terkandung di dalamnya akan membantu pembaca untuk mencari isi-isi penting yang terdapat dalam teks dan dapat mentafsir maksud yang tersirat dalam teks tersebut. Hal ini demikian kerana dalam setiap teks yang kit abaca akan menggunakan bahasa kiasan yang memerlukan pemahaman kita untuk memahami apa yang dimaksudkan dalam teks tersebut.
Seterusnya, belajar membaca teks juga adalah mengenal dan mengecam lambang-lambang perkataan yang dilihat dalam teks dan membuat perkaitan lambing yang ditunjukkan dengan bunyi atau makna yang tertentu. Sebagai contoh dalam ayat yang dibuat dalam bentuk fonologi akan banyak menggunakan lambang-lambang yang tertentu dan ini akan menyukarkan pembaca untuk memahami maksud teks. Di sinilah amat penting untuk belajar membaca dalam mengenal istilah-istilah yang khusus bagi lambang huruf fonologi. Mengenal bunyi adalah satu cara belajar membaca secara lebih sistematik. Bacaan akan menjadi lebih tepat dari segi sebutan bunyinya dan tidak akan keliru dengan bunyi perkataan dengan perkataan lain. Hal ini penting kerana terdapat perkataan yang mempunyai bunyi huruf yang sama dan melalui pembelajaran membaca bunyi fonologi akan dapat membuatkan pembaca tahu untuk membezakan setiap bunyi huruf tersebut.   
.

  

Tuesday 30 April 2013

Definisi Membaca (^_^)

Apakah yang dimaksudkan dengan membaca??

terdapat beberapa orang tokoh yang memberi takrifan berkaitan dengan membaca iaitu :
  • Klein (dalam Farida Rahim, 2005: 3), mengemukakan bahawa definisi membaca merupakan satu proses. hal ini bermaksud informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. 
  • Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
  • Kenedy (1981) mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan seterusnya dan juga berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya.
  • Marohaini Yusoff (1989), telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. 

  • Anderson, Hiebert, Scott dan Wilkinson (1985), membaca adalah satu proses memilih dan mengambil tindakan apabila pembaca menyesuaikan proses membaca dengan tujuan dan jenis teks yang dibacanya.

  • Safiah (1985), membaca bermakna memahami atau membina pemahaman. Kita belum membaca jika belum memahami.